free counters

Posted by Insan bergelar hamba Tuesday, April 13, 2010 0 comments


KASIH ALLAH SWT
Daripada Abu Hurairah RA,bahawa rasulullah SAW telah bersabda;Seorang lelaki telah menziarahi saudaranya di dalam sebuah kampong.Allah SWT memerintahkan malaikat supaya menunggunya di jalanan.Apabila lelaki itu sampai kepada malaikat itu,dia ditanya,”Kamu handak ke mana?”
Lelaki itu bertanenjawab,”Aku ingin menziarahi saudaraku di kampong ini.”
Malaikat itu bertanya lagi,”Adakah antara kamu denganya berupa nikmat yang mengeratkan perhubungan kamu?”
Dia menjawab,”Tidak! Aku hanya kasihkan dia kerana Allah semata-mata.”
Malaikat itu berkata lagi,”Sesungguhnya aku adalah utusan Allah SWT kepada kamu, untuk memberitahu kamu bahawa Allah SWT sangat kasihkan kamu sebagaimana kamu kasihkan saudaramu.” (Sahih Muslim:4656; Musnad Ahmad:9579)


Amalan ziarah-menziarahi adalah suatu perkara yang digalakan dalam islam,bahkan anjuran islam ini,membawa hikmah yang cukup besar buat manusia yang menyedari akan amalan tersebut,.Eratnya silaturrahim sesama insan dengan amalan ziarah,berkasihnya manusia kerana Allah juga dengan amalan ini,bahkan banyak lagi hikmah yang terkandung di dalam amalan ini yang tidak diketahui oleh insan yang kurang menyedarinya.Rasulullah SAW bersabda dalam hadisnya(Barangsiapa yang melawat orang sakit atau menziarahi saudaranya kerana Allah SWT,nescaya diseur oleh malaikat:Engkau telah melakukan kebaikan dan banyakkanlah perjalananmu.Dan sesungguhnya telah disediakan bagimu tempat di syurga.)

Alangkah indahnya hubungan ini kerana Allah,dan perpisahan di antara sahabat juga adalah kerana Allah.Tanpa hubungan persahabatan manusia akan sendirian tanpa peringatan untuk dekatkan diri kepada Allah,manusia juga akan sendirian dalam duka dan lara melayani perasaan tanpa ada yang mendengar rungutan dan luahan,ruginya manusia yang sedemikian kerana pentingkan hidup sendirian.Sebagaimana hadis Rasulullah S.A.W (Dimakbulkan doa orang yang berkasih sayang kerana Allah SWT,sekiranya berhimpun keduanya kerana Allah SWT dan sekiranya bercerai atas kematian kerana Allah SWT,tidak kerana lain.)

Persahabatan yang dibina bukanlah kerana kebendaan,dan juga bukan kerana paras rupa yang menjadi ukuran,tetapi adalah persahabat yang terikat dengan jiwa penuh keikhlasan tanpa ada perbatasan yang menghalang,itulah yang dinamakan ukhuwwahfillah.Keduniaan akan hilang dan tidak akan kekal selamanya,tetapi kebaikan dalam perhubungan kerana Allah akan kekal mengalir.Renungkanlah! persahabatan yang sebagaimana yang kita cari,??

Hidup hanya sementara dan kita akan bertemu yang Esa,Adakah amalan yang baik menjadi bekalannya ataupun sisa-sisa noda dan dosa-dosa mengikuti kita?Allah sentiasa menyayangi hambaNya walau tanpa disedari oleh insan yang lemah dan hina,bahkan manusia leka dengan dunia tanpa menyedari dunia adalah kurniaan yang Esa,.Tidak terjangkau, jika hendak dibuat perhitungan mengira nikmat dan kurniaan Allah,tetapi masih ada manusia yang tidak mensyukurinya…Renung-renungkanlah wahai saudaraku seakidah dan semua saudaraku yang asalnya dari adam dan hawa…

Posted by Insan bergelar hamba Monday, April 12, 2010 0 comments




Teringat kalam Saiyidina Ali KaramAllah wajhah
RadhiyAllahu anhu,yang berbunyi,
“Orang yang paling jauh bermusafir ialah mereka yang sedang mencari seorang sahabat yang disukainya”
Maksud yang tersirat dalam kalam sahabat Rasulullah s.a.w ini sungguh dalam,untuk memahaminya hanyalah orang yang benar-benar menghargai sahabat sahaja dapat merungkaikan maksud di sebalik kalam ini..

Persahabatan mudah diungkap tetapi susah untuk ditemui dan difahami erti yang sebenar.Adakah cukup untuk kita menyatakan bahawa si fulan adalah sahabat aku?sedangkan masih banyak lagi kesilapan dan bebanan yang selalu kita tinggalkan kepadanya!Bersabar menghadapi dugaan,menangis dikala kesedihan,berkorban dikala kesusahan,menegur dikala berlaku kesilapan,mungkin semua ini boleh menjadi satu panduan untuk kita bertemu seorang sahabat.

Cuba kita singkap kembali sejarah pada zaman Rasulullah S.A.W,betapa akrabnya sahabat dengan Rasulullah S.A.W,sehingga sanggup dicaci,dihina,didera,dipatuk semata-mata mahu mempertahankan Rasulullah S.A.W.Bahkan cuba kita kenangkan bagaimana kaum Ansar dan Muhajirin yang dipersaudarakan antara mereka oleh Rasulullah S.A.W sewaktu ketika dahulu,betapa tulusnya mereka sehingga sanggup untuk mengorbankan harta demi kepentingan saudara mereka yang lain.subahanAllah..cuba kita renungkan ke dalam diri kita,adakah mampu untuk mencapai tahap sebegitu?

Selagi diberi kesempatan,jangan kita sia-siakan mereka yang sentiasa di sisi kita dalam perjuangan menempuh hidup ini,jangan kita abaikan mereka kerana kepentingan kita sendiri,dan jangan kita sakitkan mereka demi kepuasan kita.Diri ana dan juga sahabat-sahabat,untuk mendapat sahabat yang baik,perbetulkan lah diri sendiri dahulu,,jangan mengharapkan satu kebaikan sedangkan diri kita menjauhi dari kebaikan itu sendiri..
Mafhum hadis Nabi S.A.W; yang berbunyi:
“Tidak beriman seseorang itu,sehingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri”

Posted by Insan bergelar hamba Monday, March 29, 2010 0 comments





Daripada Abu Hurairah RA,beliau mendengar Rasulullah SAW menceritakan apa yang diceritakan oleh TuhanNYA.Allah SWT berfirman,”Seorang hamba telah melakukan suatu dosa.Selepas itu dia berkata,’Ya Allah,Ya Tuhanku! Ampunkanlah dosaku,”


Allah SWT berfirman,”Hamba-Ku telah melakukan suatu dosa dan dia tahu bahawa dia mempunyai Tuhan yang boleh mengampunkan dosa serta boleh menghukumnya atas dosa yang dilakukannya.Kemudian,dia mengulangi dosa itu lagi.Dia berkata,’wahai Tuhanku!Ampunkanlah dosa ku.’Maka Tuhannya berkata ’Hamba-Ku telah melakukan dosa dan dia tahu bahawa dia punya Tuhan yang boleh mengampunkan dosa serta menghukumnya atas dosa yang dilakukannya.’Setelah itu,dia mengulangi lagi perbuatannya itu.Lantas dia berkata,Wahai Tuhanku! Ampunkanlah dosaku.”


Firman Allah SWT lagi,”Hamba-Ku telah melakukan dosa dan dia tahu bahawa ada Tuhan yang boleh mengampunkan dosa serta menghukumnya atas dosa yang dilakukannnya.Buatlah apa yang kamu suka.Sesungguhnya Aku telah mengampunkan dosamu”.
Sahih muslim:4953;Musnad Ahmad: 9984..


Hadis di atas memberitahu kita bahawa betapa cintanya Allah kepada hambaNya.Sebanyak mana pun dosa yang kita lakukan,haruslah kita ingat bahawa Allah SWT Maha Pengampun dan Maha Penyayang.Terkadang manusia leka dan alpa terhadap cinta Allah,manusia inilah yang lebih mengejar cinta dunia berbanding cinta kepada Pencipta.Sahabat sekalian,sama-samalah kita renung dalam diri kita,Cinta bagaimanakah yang kita inginkan??Adakah cinta yang berlandaskan nafsu semata-mata, atau cinta yang membawa kita ke syurga Pencinta?.
Tak malukah kita kepada Rasulullah SAW,?Walaupun Baginda maksum tetapi cinta dan kasih baginda kepada Allah tiada bandingannya,berbanding kita manusia yang masih lagi mencari-cari apa erti cinta yang sebenar.

Hadis di atas juga menyedarkan kita bahawa pintu taubat Allah SWT amatlah luas,dan keluasannya itu tidak terjangkau difikiran kita,hamba yang lemah ini,.Hadis di atas juga bukan bermakna manusia boleh berbuat sesuka hati kerosakan di muka bumi Allah SWT ini,sedangkan mereka sedar bahawa perkara yang dilakukan itu adalah salah.Taubat ada rukunya,pertama;dia hendaklah menghentikan dosa yang dilakukannya.Kedua;dia hendaklah benar-benar menyesali dosa yang dilakukannya,dan yang ketiga;dia hendaklah berazam untuk tidak mengulangi dosa yang dilakukan pada masa hadapan.


Masih belum terlambat untuk kita mendamba cinta Allah SWT,kerana cinta Allah SWT hanya akan di rasa kepada mereka yang benar-benar mencari dan mencita-citakanya.Jangan kita terpengaruh dengan cinta manusia dan dunia,kerana cinta mereka hanya membawa duka sedangkan cinta Allah penuh Rahmat dan kasih SayangNya,..Tidak rugi manusia yang mengejar cinta Pencipta kerana cintaNya akan kekal buat selama-lamaNya,sedangkan cinta manusia penuh pendustaan bercampur noda…
Teruskan mencari cinta Maha Pencinta…..

Posted by Insan bergelar hamba Sunday, March 21, 2010 0 comments



Jenis-jenis air mata


Junjungan Mulia Nabi Muhammad s.a.w bersabda;

“Ada 2 biji mata yang tak tersentuh api neraka, mata yang menangis di waktu malam hari kerana takut kepada Allah swt dan 2 biji mata yang menjaga pasukan fi sabillah di waktu malam.”

“Di antara 7 golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah di hari qiamat”……seseorang yang berzikir bersendirian lalu mengenang tentang kebesaran Allah swt lalu bercucuran air matanya.”

“Jika tubuh seseorang hamba gementar kerana takut kepada Allah, maka berguguran lah dosa-dosanya bak gugurnya dedaunan dari pepohonan kering.”


Berkata Salman Al Faarisi r.a
Aku di buat menangis atas 3 perkara jua :
1) Berpisah dengan Rasulullah saw dan para sahabat-sahabat.
2) Ketakutan seorang yang perkasa tatkala melihat malaikat Israil datang mencabut nyawanya.
3) Aku tidak tahu samada aku akan di perintahkan untuk ke syurga atau neraka.


Berkata Ibnu Qayyim, terdapat 10 jenis tangisan. Iaitu;
1) Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati.
2) Menangis kerana rasa takut.
3) Menangis kerana cinta.
4) Menangis kerana gembira.
5) Menangis kerana menghadapi penderitaan.
6) Menangis kerana terlalu sedih.
7) Menangis kerana terasa hina dan lemah.
8) Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
9) Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
10) Menangis orang munafik - pura-pura menangis.


“..dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis.” (An Najm : 43)

Jadi, Allah lah yang menciptakan ketawa dan tangis, serta menciptakan sebab tercetusnya tangisan itu sendiri. Banyak air mata telah mengalir di dunia ini. Sumbernya dari mata mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Sepertilah sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti….kalaulah air mata itu di tampung banjirlah dunia ini.


Tangis yang tercela dan terpuji

Ada tangisan yang sangat di cela umpamanya meratapi mayat dengan meraung dan memukul-mukul dada atau merobek-robek pakaian.

Ada pula tangisan sangat-sangat di puji dan di tuntut iaitu tangisan kerana menginsafi dosa-dosa yang silam atau tangis kerana takut akan azab dan siksa Allah.


Air mata yang tidak di tuntut

Janganlah menangis kalau tak tercapai cita-cita bukan kah Tuhan yang telah menentukannya.
Janganlah menangis nonton filem hindustan itu kan cuma lakonan.
Janganlah menangis kerana cinta tak berbalas mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan.
Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan mungkin kita kurang membuat persediaan.
Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita kurang bersedekah buat amalan.
Janganlah menangis kalau tidak di naikkan pangkat yakin lah, rezki itu adalah pemberian Tuhan.


Tangisan yang memadamkan api Neraka

“Rasulullah saw bersabda : Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan terkotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan di rahmati. Tidaklah ada sesuatupun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka.”


Air mata taubat Nabi Adam a.s

Nabi Adam menangis selama 300 tahun tanpa mendonggak ke langit tersangat takut dan hibanya terhadap dosa yang telah ia lakukan.Dia bersujud di atas gunung dan air matanya mengalir di jurang Serandip. Dari air matanya itulah Allah telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih.Beberapa ekor burung telah meminum akan air mata Adam lalu berkata,”Manis sungguh air ini.” Nabi Adam terdengar lalu menyangka burung itu mempersendakannya lalu ia memperhebatkan tangisannya.
Lalu Allah mendengar dan menerima taubat Adam dan mewahyukan, “Hai Adam sesungguhnya belum Aku pernah menciptakan air lebih lazat daripada air mata taubat mu!.”


Dari itu……..

Simpanlah air mata-air mata tangisan itu buat bekalan untuk menginsafi di atas segala kecuaian yang telah melanda diri, segala dosa-dosa yang berupa bintik2 hitam yang telah mengkelamkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah swt. Seru lah air mata itu dari persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menitis membasahi dan mencuci hati agar ia putih kembali dan juga semoga ia dapat melebur dosa2 dan moga-moga akan mendapat ampunanNya jua.

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :

Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu,
…..dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu.”

Posted by Insan bergelar hamba Saturday, March 6, 2010 0 comments

Subscribe here

TentangKu

My photo
pendidikan awal di Sek.Keb.Seri.Biram Pekan,kemudian S.M.U(A)Taqaddum Al Maarif Pasir Tumboh,Kota Bharu Kelantan,Maahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman Kuala Terengganu,Terengganu..Sekarang menuntut di Al-Azhar University of Cairo Egypt,Jurusan Syariah Perundangan Pengkhususan Syariah Islamiyyah..

Kita PMRAM

Jom Kongsi