Daripada Abu Hurairah RA,beliau mendengar Rasulullah SAW menceritakan apa yang diceritakan oleh TuhanNYA.Allah SWT berfirman,”Seorang hamba telah melakukan suatu dosa.Selepas itu dia berkata,’Ya Allah,Ya Tuhanku! Ampunkanlah dosaku,”


Allah SWT berfirman,”Hamba-Ku telah melakukan suatu dosa dan dia tahu bahawa dia mempunyai Tuhan yang boleh mengampunkan dosa serta boleh menghukumnya atas dosa yang dilakukannya.Kemudian,dia mengulangi dosa itu lagi.Dia berkata,’wahai Tuhanku!Ampunkanlah dosa ku.’Maka Tuhannya berkata ’Hamba-Ku telah melakukan dosa dan dia tahu bahawa dia punya Tuhan yang boleh mengampunkan dosa serta menghukumnya atas dosa yang dilakukannya.’Setelah itu,dia mengulangi lagi perbuatannya itu.Lantas dia berkata,Wahai Tuhanku! Ampunkanlah dosaku.”


Firman Allah SWT lagi,”Hamba-Ku telah melakukan dosa dan dia tahu bahawa ada Tuhan yang boleh mengampunkan dosa serta menghukumnya atas dosa yang dilakukannnya.Buatlah apa yang kamu suka.Sesungguhnya Aku telah mengampunkan dosamu”.
Sahih muslim:4953;Musnad Ahmad: 9984..


Hadis di atas memberitahu kita bahawa betapa cintanya Allah kepada hambaNya.Sebanyak mana pun dosa yang kita lakukan,haruslah kita ingat bahawa Allah SWT Maha Pengampun dan Maha Penyayang.Terkadang manusia leka dan alpa terhadap cinta Allah,manusia inilah yang lebih mengejar cinta dunia berbanding cinta kepada Pencipta.Sahabat sekalian,sama-samalah kita renung dalam diri kita,Cinta bagaimanakah yang kita inginkan??Adakah cinta yang berlandaskan nafsu semata-mata, atau cinta yang membawa kita ke syurga Pencinta?.
Tak malukah kita kepada Rasulullah SAW,?Walaupun Baginda maksum tetapi cinta dan kasih baginda kepada Allah tiada bandingannya,berbanding kita manusia yang masih lagi mencari-cari apa erti cinta yang sebenar.

Hadis di atas juga menyedarkan kita bahawa pintu taubat Allah SWT amatlah luas,dan keluasannya itu tidak terjangkau difikiran kita,hamba yang lemah ini,.Hadis di atas juga bukan bermakna manusia boleh berbuat sesuka hati kerosakan di muka bumi Allah SWT ini,sedangkan mereka sedar bahawa perkara yang dilakukan itu adalah salah.Taubat ada rukunya,pertama;dia hendaklah menghentikan dosa yang dilakukannya.Kedua;dia hendaklah benar-benar menyesali dosa yang dilakukannya,dan yang ketiga;dia hendaklah berazam untuk tidak mengulangi dosa yang dilakukan pada masa hadapan.


Masih belum terlambat untuk kita mendamba cinta Allah SWT,kerana cinta Allah SWT hanya akan di rasa kepada mereka yang benar-benar mencari dan mencita-citakanya.Jangan kita terpengaruh dengan cinta manusia dan dunia,kerana cinta mereka hanya membawa duka sedangkan cinta Allah penuh Rahmat dan kasih SayangNya,..Tidak rugi manusia yang mengejar cinta Pencipta kerana cintaNya akan kekal buat selama-lamaNya,sedangkan cinta manusia penuh pendustaan bercampur noda…
Teruskan mencari cinta Maha Pencinta…..

Posted by Insan bergelar hamba Sunday, March 21, 2010

0 comments

Post a Comment

Subscribe here

TentangKu

My photo
pendidikan awal di Sek.Keb.Seri.Biram Pekan,kemudian S.M.U(A)Taqaddum Al Maarif Pasir Tumboh,Kota Bharu Kelantan,Maahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman Kuala Terengganu,Terengganu..Sekarang menuntut di Al-Azhar University of Cairo Egypt,Jurusan Syariah Perundangan Pengkhususan Syariah Islamiyyah..

Kita PMRAM

Jom Kongsi