Teringat kalam Saiyidina Ali KaramAllah wajhah
RadhiyAllahu anhu,yang berbunyi,
“Orang yang paling jauh bermusafir ialah mereka yang sedang mencari seorang sahabat yang disukainya”
Maksud yang tersirat dalam kalam sahabat Rasulullah s.a.w ini sungguh dalam,untuk memahaminya hanyalah orang yang benar-benar menghargai sahabat sahaja dapat merungkaikan maksud di sebalik kalam ini..

Persahabatan mudah diungkap tetapi susah untuk ditemui dan difahami erti yang sebenar.Adakah cukup untuk kita menyatakan bahawa si fulan adalah sahabat aku?sedangkan masih banyak lagi kesilapan dan bebanan yang selalu kita tinggalkan kepadanya!Bersabar menghadapi dugaan,menangis dikala kesedihan,berkorban dikala kesusahan,menegur dikala berlaku kesilapan,mungkin semua ini boleh menjadi satu panduan untuk kita bertemu seorang sahabat.

Cuba kita singkap kembali sejarah pada zaman Rasulullah S.A.W,betapa akrabnya sahabat dengan Rasulullah S.A.W,sehingga sanggup dicaci,dihina,didera,dipatuk semata-mata mahu mempertahankan Rasulullah S.A.W.Bahkan cuba kita kenangkan bagaimana kaum Ansar dan Muhajirin yang dipersaudarakan antara mereka oleh Rasulullah S.A.W sewaktu ketika dahulu,betapa tulusnya mereka sehingga sanggup untuk mengorbankan harta demi kepentingan saudara mereka yang lain.subahanAllah..cuba kita renungkan ke dalam diri kita,adakah mampu untuk mencapai tahap sebegitu?

Selagi diberi kesempatan,jangan kita sia-siakan mereka yang sentiasa di sisi kita dalam perjuangan menempuh hidup ini,jangan kita abaikan mereka kerana kepentingan kita sendiri,dan jangan kita sakitkan mereka demi kepuasan kita.Diri ana dan juga sahabat-sahabat,untuk mendapat sahabat yang baik,perbetulkan lah diri sendiri dahulu,,jangan mengharapkan satu kebaikan sedangkan diri kita menjauhi dari kebaikan itu sendiri..
Mafhum hadis Nabi S.A.W; yang berbunyi:
“Tidak beriman seseorang itu,sehingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri”

Posted by Insan bergelar hamba Monday, March 29, 2010

0 comments

Post a Comment

Subscribe here

TentangKu

My photo
pendidikan awal di Sek.Keb.Seri.Biram Pekan,kemudian S.M.U(A)Taqaddum Al Maarif Pasir Tumboh,Kota Bharu Kelantan,Maahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman Kuala Terengganu,Terengganu..Sekarang menuntut di Al-Azhar University of Cairo Egypt,Jurusan Syariah Perundangan Pengkhususan Syariah Islamiyyah..

Kita PMRAM

Jom Kongsi